Keluarga Acer Aspire 4736, iaitu 4736Z, 4736G, 4736ZG dikenali dengan satu masalah
iaitu bila anda on laptop, sampai je nak loading atau boot windows,
ianya akan shut down atau restart dan auto off.
Betul tak?
Punca masalah?
Apakah punca masalah ini? bagi technician technician yang tak berapa kenal dengan
masalah acer aspre 4736x ini,
diagnosis awal yang akan dikatakan semestinya
Bukan Hard Disk atau RAM masalahnya
1) Rosak Hard Disk
2) Rosak RAM
3) Windows problem kena format balik
Realitinya?
Masalahnya bukannya berpunca dari semua benda di atas,
jangan membazir nak tukar hard disk, ram atau format
yang konfom dah beratus ratus mahalnya dan still tak elok,
mesti hati rasa nak marah kan?
Masalahnya berpunca dari chipset di motherboard
yang teroverheat, rentung, terbakar, hangus
kerana sudah sekian lama kipas dan heatsink tak dicuci.
Simptom awal bagi kejadian ini tidak dapat dikesan,
maka berhati hatilah ya,
anda perlu cuci laptop anda setiap 6 bulan!
heatsink yang tak dicuci macam ini adalah punca segala masalah yang meneyebabkan kerugian besar
Penyelesaian masalah
Bukan reheat, reboil, resolder dan sewaktu dengannya, tetapi perlu tukar chipset baru.
Serahkan kepada yang pakar!
jangan serahkan laptop kepada mereka tidak professional,
nanti lagi bazir duit nanti!



No comments:
Post a Comment